DRKHAIROL

Shopping cart

Subtotal $0.00

View cartCheckout

EESG

SDG

KELESTARIAN DALAM KONTEKS OPERASI PERNIAGAAN

Kelestarian dalam Operasi Perniagaan

Dalam operasi perniagaan, maksud kelestarian boleh didefinisikan melalui cara organisasi membuat keputusan dan melaksanakan aktiviti hariannya secara bertanggungjawab terhadap manusia, alam sekitar dan keuntungan. Setiap keputusan operasi, seperti pembelian bahan mentah, penggunaan tenaga dan air, pengurusan pekerja, layanan kepada pelanggan, pembungkusan produk serta pengurusan sisa, boleh memberi kesan kepada kos, reputasi, kecekapan, manusia dan alam sekitar. Selaras dengan prinsip tanggungjawab sosial organisasi yang ditekankan dalam ISO 26000, organisasi perlu mengambil kira kesan keputusan dan aktivitinya terhadap masyarakat dan alam sekitar.

sintok-bun
  • Menerangkan maksud kelestarian dalam konteks operasi perniagaan
  • Menerangkan konsep People, Planet dan Profit (3P) dengan kerangka Economy, Environment, Social dan Governance (EESG)
  • Mengenal pasti empat dimensi EESG serta mengaitkannya dengan contoh amalan operasi harian organisasi

The result of project

Konsep kelestarian dalam perniagaan sering diperkenalkan melalui pendekatan Triple Bottom Line atau 3P, iaitu People, Planet dan Profit. Konsep Triple Bottom Line (TBL) atau 3P diperkenalkan oleh John Elkington dalam bukunya Cannibals with Forks: The Triple Bottom Line of 21st Century  (1997). Elkington berhujah bahawa “kejayaan perniagaan tidak boleh diukur hanya melalui keuntungan kewangan semata-mata, tetapi juga melalui kesan sosial dan alam sekitar”.

Pendekatan ini membantu organisasi memahami bahawa prestasi perniagaan diukur melalui keuntungan kewangan serta kesannya terhadap manusia dan alam sekitar. Melalui 3P, organisasi dapat melihat kelestarian sebagai satu usaha untuk mengimbangi kepentingan sosial, alam sekitar dan ekonomi dalam operasi harian.

CSR UUM TIOMAN
SDG UUM

Program Information

Clients:

UUM

Category:

Student Development Program

Date:

18-19 Nov, 2026

Participant

UUM Student

Download Brochure

CONTACT US NOW

You Need Help?

GET A QUOTE